Kejatuhan Edo
Kejatuhan Edo

Kejatuhan Edo

Toba-Fushimi – Awa – Istana kota Osaka – Kōshū-Katsunuma – Istana kota Utsunomiya – Ueno – Edo – Hokuetsu – Genting Bonari – Aizu – Noheji - Teluk Miyako – Hakodate – Teluk Hakodate – Kejatuhan Edo (江戸開城, Edo Kaijō) terjadi di antara bulan Mei dan Julai 1868, apabila ibukota Jepun di Edo (kini Tokyo), dikuasai oleh Keshogunan Tokugawa, jatuh ke tangan tentera yang menyokong pengembalian kuasa kepada Maharaja Meiji semesa Perang Boshin.Pasukan tentera maharaja dipimpin oleh Saigō Takamori, yang mara ke utara dan timur Jepun, dan telah memenangi Pertempuran Kōshū-Katsunuma semasa menuju ke ibukota. Beliau akhirnya berjaya mengepung Edo pada bulan Mei 1868.[1]Katsu Kaishu, Menteri Tentera Darat dari pasukan Shogun telah membuat rundingan penyerahan diri tanpa syarat.[2]Beberapa kumpulan terus menentang selepas penyerahan rasmi ini tetapi telah dikalahkan di dalam Pertempuran Ueno di timur laut Tokyo, pada 4 Julai 1868. Kota ini dikuasai sepenuhnya pada bulan Julai 1868.[2] Pada masa itu, Tokugawa Yoshinobu secara sukarela telah dikurung di dalam kuil Kan'ei-ji.Pada 3 September 1868, kota ini dinamakan semula sebagai Tokyo (lit. "ibukota timur"), dan Maharaja Meiji memindahkan ibukota beliau ke Tokyo, memilih untuk tinggal di Istana kota Edo, kini merupakan Istana Maharaja.[2]Sebuah monumen kecil telah dibina di lokasi penyerahan yang terletak di antara Saigo Takamori dan Katsu Kaishu, di Minato-ku, Shiba 5-33-1, dua minit dari Stesen Tamachi.